Isnin, Disember 31, 2007

< KONTROVERSI MASJID GADONG >

Ada pihak yang membuat dakwaan bahawa rekabentuk masjid gadong ada unsur salib. Disini disertakan gambar dari satelit (google-earth) sebagai penjelasan.



Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian memang tidak dapat lari daripada bentuk geometri yang ada disekeliling kita. dan salah satu bentuk yang sering wujud adalah bentuk (t) kerana berlaku persilangan dua garis lurus. Terpulang kepada kita untuk melihatnya dari persepsi yang mana.

Dalam isu Masjid kg Gadong, memang ada unsur bentuk (t) tetapi bukan secara jelas binaannya. Bentuk (t) terbina hanyalah secara kebetulan berdasarkan susunan bangunan dan ianya hanya dapat dilihat dari pandangan atas binaan.

Maka isu ini bukanlah sesuatu yang menjejaskan agama kita. Kita sering berdebat dan mengetengahkan isu yang remeh berbanding perkara asas yang perlu diberi perhatian. Sepatutnya isu bilangan kehadiran jemaah ke masjid dan bagaimana mengisi program masjid agar lebih baik yang perlu diutamakan berbanding isu bentuk bangunan.

~wasallam~



.

Jumaat, Disember 28, 2007

<< MUHASSABAH >> Demi Masa !!!

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2008 YANG MENJELANG ~


~ SELAMAT TINGGAL TAHUN 2007 YANG BERLALU ~



" Demi Masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan
dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran "


-

Khamis, Disember 20, 2007

VIDEO < sembelihan qurban 2007 >

javascript:void(0)
Save as Draft

GALERI < Suasana Ibadah Qurban >



Suasana Ibadah qurban di Kg Silaun, Antara mereka yang berkoran ialah:
=> Puan Rusnah Idris, Adik Irdina Sofiya, Adik Ezaty Awena, Nur Batrishah Adnan dan encik Amat.

GALERI < Solat Sunat Aidil Adha >


SUASANA SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI SURAU KG SILAUN

Rabu, Disember 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Jemaah surau Kg Silaun Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha
kepada semua umat islam seluruh dunia.

semoga semangat pengorbanan menjadi pegangan hidup kita

JEMPUTAN KAHWIN

SEMUA JEMAAH SURAU DIJEMPUT KE RUMAH EN. SITLIN HJ JAHARI, MAJLIS PERKAHWINAN ANAK BELIAU PADA 22HB 12 MALAM HINGGA 23HB SIANG. DATANG JANGAN TAK DATANG !

Jumaat, Disember 07, 2007

Laman Web Bintuka Eco Tourism

~Assalamualaikum...

Bintuka Eco Tourism telah melancarkan laman web versi baru bagi menggantikan versi lama yang dihoskan lycos tripod,

kini Bintuka Eco Tourism menggunakan domain sendiri iaitu http://www.bintuka.com/ khidmat webmail juga disediakan dengan alamat : nama-anda@bintuka.com

kini web Bintuka Eco Tourism diselenggara oleh
syarikat visionperdana.com yang beroperasi di Kg Silaun.


sekian terima kasih . . .