Isnin, Disember 31, 2007

< KONTROVERSI MASJID GADONG >

Ada pihak yang membuat dakwaan bahawa rekabentuk masjid gadong ada unsur salib. Disini disertakan gambar dari satelit (google-earth) sebagai penjelasan.



Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian memang tidak dapat lari daripada bentuk geometri yang ada disekeliling kita. dan salah satu bentuk yang sering wujud adalah bentuk (t) kerana berlaku persilangan dua garis lurus. Terpulang kepada kita untuk melihatnya dari persepsi yang mana.

Dalam isu Masjid kg Gadong, memang ada unsur bentuk (t) tetapi bukan secara jelas binaannya. Bentuk (t) terbina hanyalah secara kebetulan berdasarkan susunan bangunan dan ianya hanya dapat dilihat dari pandangan atas binaan.

Maka isu ini bukanlah sesuatu yang menjejaskan agama kita. Kita sering berdebat dan mengetengahkan isu yang remeh berbanding perkara asas yang perlu diberi perhatian. Sepatutnya isu bilangan kehadiran jemaah ke masjid dan bagaimana mengisi program masjid agar lebih baik yang perlu diutamakan berbanding isu bentuk bangunan.

~wasallam~



.

Tiada ulasan: